Thursday, January 14, 2010

Beretika lebih bertamadun? maksudmu begitu?

Teringat kata-kata Dr.Wan Suhaimi semalam, orang dibarat lebih mementingkan etika daripada dosa dan pahala. Aku terfikir bahawa bukankah selama ini orang-orang kita begitu menyanjung tinggi segala apa yang berasal dari barat? Lebih-lebih lagi dalam aspek tamadun, baratlah dianggap segala-galanya..Tapi..benarkah? Kalau begitu yang mementingkan etika itu lebih bertamadunlah ya..? Daripada berpegang konsep dosa dan pahala yang dianggap leceh dan ketinggalan zaman. Anggapan mereka agama sudah tidak memainkan peranan lagi dalam kehidupan manusia. Jadi apa yang menggantikan agama? Falsafah? ya...falsafah..

No comments:

Post a Comment