Tuesday, April 19, 2011

Terkenang dulu-dulu..~~

Aku, Piala Dunia dan Maahad...

Piala dunia datang lagi dan hampir kemuncaknya, seiring itu kegilaan manusia pada bola..ya smuanya bola, tidur bola..makan bola..minum bola..topik utama yang dibincangkan seantero kedai kopi-kedai kopi Malaysia, tak kurang juga orang-orang 'dapur' yang kurang meminati bola terpaksa 'membungkam' biji mata menonton bola..aduhaii...

Bukan mahu menceritakan tentang piala dunia kali ini, cukuplah teriakan GOLL!! sebagai laungan 'takbir' 'penagih' bola, mahu saja menggegarkan kedai-kedai mamak...

Teringat ketika mana piala dunia 2002 dan 2006 ketika itu, masih berada di Maahad..ustaz memberi 'lampu hijau' untuk kami menonton bola, tapi bersyarat, jika tidak melepaslah 'kaki-kaki bola'..terutamanya 'senior-senior', ketika itu tahun 2002, masih lagi 'budak hingusan'..siapa lagi yang memenuhi 'saf hadapan' kalau bukan 'abang-abang'. Mujur ketika itu diadakan di Korea Jepun..apa yang aku ingat dimasa England melawan Brazil..siapa tak kenal pemain Brazil dan England..aku tika itu kagum dengan Michael Owen, biasalah penyokong England..(^_^)

Tempat television terletak dikantin, bersebelahan rumah mudir..jikalau gol, sorak tempiknya hingga dengar 'seantero' sekolah, melihat gelagat 'budak-budak ni' seperti jurulatih, lebih dari jurulatih yang bertauliah (kononnya pandai main). Kalau situasinya begini, secara 'automatik' esok tidak boleh menonton bola..hahaha..padan muka kalian!!

Aku memang 'kaki' menonton bola masa disekolah, masuk menjadi senior, bertambah-tambah tinggilah 'tanduk'. Izzat(maaf bro tak minta izin guna nama), beliau juga mempunyai sifat 'ketagih' seperti aku, hampir setiap perlawanan Liga Juara-Juara Eropah kami sanggup 'turun'(qiamullail). Sanggup berkorban tenaga, waktu tidur, nyawa(panjat pagar, dikejar pak guard haha..) semata-mata menyaksikan pasukan impian(dream team) menang. Bila keesokan hari pergi kelas dengan mata yang 'kuyu'..apa nak buat, itulah 'pengorbanan' kaki bola seperti kami..haha

Tahun 2006, ya tahun 'kemuncak' bagi kami, sebab kami sudah bergelar 'senior'..tahun itu juga piala dunia berlangsung. Tapi malangnya, terpaksa 'Qiamullail' juga sebab perlawanan diadakan awal pagi. Seperti biasa ustaz akan beri 'respon' untuk menonton piala, perlawanan sudah mahu mula tapi 'respon' ustaz agak 'lewat' dan ini memaksa kami mencari inisiatif lain. Kebetulan ketika itu kawan aku terjumpa sebuah t.v rosak dibawah tangga. Bagus! Kreatif! Dengan 'kesungguhan' akhirnya berjaya juga 'menghidupkan' t.v..lepas ini tak payah susah-susah nak tengok t.v!! haha..ssyyyyy....ini rahsia..adik-adik siapa yang 'balaci'(report) dengan ustaz siap!!

Walaupun warnanya zaman 60-an(hitam-putih), kesanggupan untuk melepaskan 'ketagihan' sedikit sebanyak terubat juga, tak mahu ketinggalan melihat pasukan kebanggaan aku zaman berzaman; England(diharap penyokong pasukan lain jangan ambil hati).

Tapi akhirnya diketahui juga..sedih dan 'frust', akur dengan arahan ustaz, kami memulangkan t.v tersebut ke tempat asal..semoga 'bersemadi' dengan aman...(mujur tidak diambil tindakan..fuhh..)


Tapi itu semuanya kenangan dulu..yang tersemat diingatan aku dan kawan-kawan sampai bila-bila, mengenangkan itulah zaman 'keemasan' dan 'kegemilangan'..tapi sekarang boleh tengok di kedai-kedai mamak(sebab kuliah jam 9-10 pagi haha..) dan tak perlu 'memayahkan' diri panjat pagar sebab pagar UM sentiasa 24 jam buka..

Dan bagi aku, disamping Nelson Mandela, 'pemain' terbaik Piala Dunia di Afrika Selatan 2010 ialah Syeikh Yusuf Makassar!!

No comments:

Post a Comment