Tuesday, April 19, 2011

Dialog Orang Muda (DOM)

Pada 20/3/2011, saya berkesempatan untuk menghadiri suatu diskusi di rumah Pena(belakang DBP), iaitu Dialog Orang Muda (DOM), tajuk yang agak 'panas' berkaitan isu bahasa iaitu " Bahasa Melayu di IPT: Melukut di Tepi Gantang?" yang mana ramai dihadiri oleh orang-orang muda khususnya dari Akademi Pengajian Melayu (APM) Universiti Malaya. Dikendalikan oleh Saudara Lutfi dari PENA sendiri, para panel terdiri dari Faisal Abd Aziz, presiden PKPIM, Tarmizi pelajar sarjana dari UKM dan (dari ameenbook( bekas pelajar Uni of Adelaide Australia yang mencintai Bahasa, saya tak teringat namanya). Turut dihadiri oleh Prof Abdullah Hassan, tokoh bahasa dan juga penulis-penulis lainnya. Hanya seorang cina yang hadir bersama dengan botol air 1.5 mineralnya, dan beliau ini fasih berbahasa Melayu(BM) dan mempunyai semangat pertahan bahasa, ini yang membuat saya kagum.

Isu-isu yang dibangkitkan adalah sekitar mengenai bahasa Melayu di IPT, dan banyak menyentuh sekali mengenai isu kontroversi bahasa Melayu(BM) yang dikaitkan dengan Naib Canselor(NC) Uni Malaya. Perbincangan sekitar mengenai peluang pekerjaan, adakah dikaitkan dengan BM, melihat dari aspek undang-undang, kesedaran orang muda di IPT, isu terjemahan bahasa asing ke BM dan isu akademik seperti jurnal antarabangsa ISI.

Bak kata moderator, diskusi dan dialog ini hanyalah kocakan semata, perlu ada usaha penyelesaiannya, kagum juga melihat anak-anak muda dari APM, melihat semangat mereka mahu mempertahankan BM( melihat kepada isu 14 Feb dan 11 Mac, isu kontroversi NC UM).
Hal mengenai semangat aspirasi asal usul penubuhan UKM dan sebagainya turut deperkatakan.
Akhir sekali saya sempat diusik dengan saudara Lutfi, " Mana dia orang-orang pengajian Islam tak ada yang buat terjemahan buku kah? ". (^_^)

Dialog Orang Muda (DOM) diadakan setiap hari Ahad minggu ketiga dirumah PENA.

No comments:

Post a Comment