Tuesday, April 19, 2011

Poso-poso~~

اايها الذين ءامنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون

Ramadhan mampir lagi, seperti tahun-tahun sebelumnya memerlukan persiapan dari segi fizikal dan rohani, spiritual dan emosi. Bulan yang diturunkan al-Quran keatasnya, bulan seribu bulan, bulan yang dibuka pintu syurga dan ditutup pintu neraka keatasnya, bulan dibelenggu syaitan, dan bermacam lagi ganjaran dan kelebihan yang dihidangkan sempena Ramadhan.

Pandangan kritikal penulis tentang sikap, adab, akhlak dan perangai kebanyakan Muslim khususnya yang bernama Melayu, banyak perkara yang menjadi 'kesongsangan' apabila kedatangan Ramadhan. Roh atau semangat Ramadhan yang semakin jauh menjauhi dan jauh menjiwai jiwa-jiwa Melayu Islam, seolah Ramadhan, hidupnya hanyalah untuk beberapa perkara; sahur, berbuka dan tarawikh, hanya tak lebih dari itu.

Pandangan penulis, perlunya menjiwai roh atau semangat Ramadhan, apa yang penting adalah maksud 'faham Islam' itu tercapai, bukan sahaja dari segi fizikal, malah rohani, juga bukan dari segi spiritual semata. Ini kerana kebanyakan orang Melayu, ibadat itu sebagai barang dan soal spiritual semata tanpa dihadam dan dihayati dengan tulus, kudus dan mulus serta tanpa dihayati dengan bersih, suci dan murni.

Seperti apa yang diketengahkan, kemungkinan 'faham Islam' itu hanya terbatas dan dianggap sebagai barang spiritual bagi kebanyakan orang Melayu dan tidak lebih dari itu. Sebabnya, faham slam tidak dihayati. Perlu diingat bahawa segala barang suruhan agama bukan soal spiritual, bahkan sebagai suatu cara hidup yang diyakini dan perlu diapit bersama keimanan.

Mungkinkah penulis boleh katakan bahawa semua itu adalah 'sekularisasi' bulan puasa?? Bolehlah juga dikatakan sekularisasi bukan sekadar pemisahan agama dan kehidupan, tetapi 'sekularisasi' juga boleh berlaku dimana jua seperti kesesakan lalu lintas juga adalah sebahagian dari 'sekular'! Bunyi bising hiruk pikuk ditengah bandar juga adalah 'sekular'! Apatah lagi memisahkan roh beragama didalam bulan Ramadhan.

Mana bahagian yang dikatakan bukan 'sekularisasi' kalau bukan memang sekular? Apakah dengan pembaziran bukan suatu 'sekularisasi'?
Apakah dengan bermewah-mewah dengan segala macam makanan bukan suatu 'sekularisasi'? Analogi yang mudah, mahu bersolat mahu menutup aurat, seusai solat membuka aurat. Sungguh, ini memang soal spiritual semata, dan juga majlis yang berkait dengan keagamaan, menghadiri tempat perkuburan, masjid dan sebagainya, apakah zon larangan aurat hanya ditempat sebegini? Ini baru soal asasi.


رب صائم ليس له من صيامه إلا الجوع ورب قائم ليس له من قيامه إلا السهر
"Betapa ramai orang yang berpuasa tidak mendapat apa-apa daripada puasanya kecuali lapar dan betapa ramai orang yang berqiam tidak mendapat apa-apa daripada qiamnya kecuali hanya berjaga malam"- Riwayat Ibn Majah.

Harapan kita agar tidak tergolong dalam golongan seperti diatas, bukan mahu menunjuk-nunjuk yang diri kita seorang yang baik, tetapi usahalah mahu jadi yang terbaik, cukuplah sudah dengan mengatakan diri orang lain lebih baik dari kita; aku tahulah kau lagi baik dari aku, aku tak baik macam kau; jadi sampai bila kita mahu menjadi yang terbaik dengan asyik mengatakan yang sebegitu? Keyakinan itu perlu untuk meningkatkan amalan dan sebagai pendorong manusia berpuasa sepenuh dan sesungguh hati. Jika hilangnya keyakinan itu, maka hilanglah roh dari ibadat puasa sehingga menghilangkan ganjaran. Apa yang penting 'awlawiyyat' atau pririoriti mestilah dipenuhi.

Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yang sebelumnya..

No comments:

Post a Comment