Tuesday, April 19, 2011

Ragam-ragam manusia di Batu Caves (Hari Thaipusam)

Mengambil masa 40 minit dari Universiti Malaya ke Batu Caves, Selayang, dengan menaiki motorsikal. Deretan kenderaan membanjiri jalan-jalan sempena 'hari' dewa Subramaniam. Kelihatan patung Dewa Murugan 42.7m yang berwarna emas kekuningan dari jauh, patung terbesar dan tertinggi didunia, disamping kelihatan replika 'patung' Najib yang tak kurang besarnya.Kelihatan PM sedang memberi ucapannya. Ramai penganut Hindu bersesak-sesak untuk masuk dan menaiki tangga menuju kuil yang terletak didalam gua diatas bukit. Pesta 'cucuk' sana, 'cucuk' sini kelihatan dimana dengan membawa 'kavadhi' iaitu satu hiasan yang dipangku diatas tubuh, 20 kg, 30 kg, dan boleh mencapai sehingga 40 kg mengikut kadar tubuh sipembawa. Dengan paluan gendang-gendang yang bingit,(ditambah dengan bau-bau yang....) diiringi ahli keluarga, sambil berarak menuju kuil diatas bukit untuk mengadakan ritual penyembahan. Apa yang menariknya, kelihatan seorang lelaki 'dicangkuk' dibelakang badannya, betis kakinya sehingga kelihatan 'terapung'(terbang, terawang-awang??). Tiada tanda-tanda kesakitan langsung kelihatan, malah mereka kelihatan penuh 'khusyuk' menjalani 'ibadat' tersebut sambil dilaung-laung 'veil..veil..veil..' yang bermaksud memuja tuhan. Selama 3 hari mereka merayakan upacara tersebut, dengan seluruh penganut Hindu seluruh Malaysia(mungkin lebih meriah dari India??) datang.

No comments:

Post a Comment